Hutang
Jika aku berhutang sakit denganmu Maka rindu adalah hutangmu kepadaku Mustahilnya berasa rindu untuk merasa sakit Tapi sakit itu lumrahnya rindu Dendammu terlunas Deritaku bertunas Kenangan lalu sebagai ubat Saat sakitku sedang merenjat-renjat
Rindu
Aku rindu.


- Rindu kepada Dia.


Pada siapa?


- Pada Tuhan yang aku cinta.


Kerna apa kau rindu?


- Sebab aku dah lama jauh dari jalan Dia.


Habis tu, taknak kembali pada jalan yang benar?


- Nak, aku akan kembali. Bila saat Dia panggil.





-MH
Read more »
perlu ke


Betapa aneh manusia
buat kau senyum pada masa kau perlu
buat kau retak pada masa dia perlu

Jadi,
siapa yang perlu diperbaiki




N
Luahan Hati Bengkek
Sudah-sudahlah, Semalam kau menjerit lantang, Hari ini kau cuma gema-gemanya, bukan suara. Sudah-sudahlah, Kelmarin kau sungguh meyakinkan, Oh, tarikh luputnya hari ini. Basi! Sudah-sudahlah, Harapan yang mula kau semai-semai, Sudah tak berbaja, diracun. Mati semuanya. Sungguh aneh jalan-jalan mu, Sehingga takjub mereka dan aku, Akan jumudmu tak berbaju. Hatiku bukan kaudu, Atas bingai yang kau tunjuk, Cuma di tekak berasa hempedu, Bila larimu tak bertunjuk.
aku sementara


kenapa begitu mundur
ketika dunia berbahagia

kenapa begitu suram
ketika dunia bergelak tawa

kenapa begitu kusam
ketika dunia masih cerah langitnya

kenapa begitu diam
ketika dunia mahu kau bersuara

sebab aku tersedar
aku cuma menumpang


N
Anugerah
Anugerah itu menjadi kebanggaan semua,
Sesiapa memiliki pasti akan bergaya.
Menayangkan ia sini sana,
Dengan penuh rasa bahagia.


Anugerah itu tidak aku mampu memilikinya,
Apatah lagi memzahirkan rasa kepada orang tua.
Ya, kau ingin aku membanggakan dia,
Tapi aku sudah jatuh berhurung duka.


Tidak aku mampu memberi kamu anugerah itu,
Aku tahu masa dulu adalah silapku,
Masa sekarang aku mahu menebus dosa dosaku,
Itu yang aku perlu untuk membahagiakan kamu wahai kedua orang tuaku.


Doakan aku agar selepas ini, aku kuat menempuhi ranjau ranjau yang penuh duri,
Berikan aku semangat yang tinggi,
Agar bisa aku hadapi dunia ini dengan kakiku sendiri.


Penyajak Mati Pada Hari Ini
Penyajak mati pada hari ini,
Dia pergi bukanlah diseru panggilan Ilahi,
Cuma, dia mati dipeluk sepi,
Dan kenangan kenangan yang sudah basi.

Penyajak mati pada hari ini,
Kerna, penyajak sudah tiada hati untuk menulis puisi,
Dan penyajak tidak mampu untuk teruskan hidup tanpa seri yang dia rindui.

Maka, penyajak harus pergi.
Lupakan semua yang telah terjadi.
Ada masa, penyajak akan kembali lagi.


-MH-

new past