Sore. Jam 0637. Padang hijau yang tidak berapa hijau. Dua pasang kaki berjuntaian, duduk menongkah langit. Dan dikala itu, decipan burung tidak berapa hendak kedengaran dek kerana bunyi kenderaan yang sedang berpusu mahu pulang ke sarang.
- Apa yang kau cari bila kau dah jump into satu relation?
-- Penerimaan.
- (Muka pelik) Penerimaan?
-- Yep. Penerimaan.
- Antara penerimaan dan keserasian, mana yang lebih penting?
-- Kenerimaan yang lebih penting berbanding keserasian.
- Maksud kau, kita tak perlu pentingkan keserasian?
-- Lebih kurang macam tu. Tapi, perlu jugak sebenarnya. Heh.
- Ok. Teruskan.
Maka, dengan satu hembusan nafas,
-- Kau tak perlu cari keserasian dalam perhubungan. Apa yang penting pada aku adalah konsep penerimaan. Faham?
- Means, kau terima dia seadanya?
-- Yep. Kalau dari awal-awal lagi kau dah cari keserasian, agak payah pada aku. Bila ada benda yang kau tak suka dengan dia secara tiba-tiba, mulalah ada benda yang tak kena. Itu tak kena, ini tak kena.
- .....
-- Kalau kau faham konsep penerimaan, kau akan okay for a long term relationship. Kot. Terpulanglah pada kau. Sebab, dari penerimaan tu sendiri akan muncul keserasian. Kan?
- K.
-- Yelah. Kalau betul kau dapat dan faham benar konsep penerimaan tu sendiri, kau takkan hadapi masalah.
- Mana kau tahu?
-- ... Aku sedang mengalaminya. Tapi, terpulang pada kau. Setiap manusia berbeza. Aku, dengan cara aku. Kau, dengan cara kau lah.
Gelak-gelak.
xxx Popotis xxx
|

Admin
Satu kelompok kecil yang baru saja ingin mengenal dunia, yang sering kali tersasar jauh ke dalam alam mimpi yang dicipta dalam dunia realiti. Bakat yang terpendam yang tidak diluah, tidak dipertajamkan kelak bakal menghapus jiwa bangsa yang mempunyai semangat yang jitu terhadap sastera ibunda tercinta. Bukan sesiapa tapi apa yang ingin disampaikan itu - melalui rasa, pandangan dan pengalaman - membawa seribu malah sejuta warna dalam sesebuah kehidupan.
Ada 7 kesemuanya; Popotis, Makhluk Gembira, Jay Gatsby, Ana Aleya, Terrorist Bahasa, Wak Joko dan Tun Teja.
Moga langkah ini, adalah langkah yang diberkati-Nya.
|