Bangsaku.


Bangkit dan sedarlah wahai bangsaku.
Setiap patah perkataan yang meluncur keluar dari mulutmu,
Melambangkan kita bangsa yang bagaimana.

Yang begini atau yang begitu.
Atau mahu jadi yang begini-dan-begitu?

Kau lontarkan caci maki di sana.
Tanpa sedar di sini banyak cacat celanya.

Kau nampak lubang lubang di sana.
Tanpa sedar di sini banyak compang campingnya juga.

Kau sanjung tinggi yang di sana.
Tanpa sedar di sini siapa yang patut di sanjung tinggi.
Si dia atau Dia yang di atas tu.

Kau iri hati dengan apa yang ada di sana.
Hingga sanggup butakan segala.
Tanpa sedar di sini sebenarnya kau hanya ada serba sederhana sahaja.

Kau angkuh dengan apa yang kau ada.
Tanpa sedar di sini engkau tidak pernah bersyukur dengan apa yang kau ada.

Kau lantang bersembang itu ini.
Tanpa sedar di sini bahawa ilmu-yang-kau-sembangkan itu hanyalah yang iya-iyalah.

Kau percaya apa yang dikatakan oleh di sana.
Tanpa sedar di sini engkau sedang diperbodohkan oleh yang di sana.

Berhenti sejenak dari dunia yang nyata.

Menuding jari ke sana ke mari,
Tidak bisa menyelesaikan masalah yang melanda.
Makin bertambah. Bertambah dan terus bertambah.

Apa kau lupa,
Bahasa melambangkan bangsa?

Ah! Lupa.
Itu semua berzaman sudah berlalu.
Ditelan dek arus permodenan.

Mana ada lagi yang mementingkan bangsa?
Bila semuanya sudah mementingkan diri sahaja?

Bangkit dan sedarlah wahai bangsaku.
Kita sedang di tindas dan diperlekehkan dalam diam.

..........

Oh. Maafkan aku. Andai salah,
-- Bunuh aku wahai bangsaku.


new past